LATAR BELAKANG DAN SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Seri Ladang.
Kampong Seri Ladang, 83100 Rengit, Batu Pahat. Johor.
Kod Sekolah : JBA0068.
Tarikh Dibuka3 Mac 1940
Pegawai Yang MerasmikanYM Tauan Syed Esa bin Alwee
Luas TanahPada peringkat awal keluasan kawasan sekolah ini hanyalah 2A 0R 14P. Tanah tersebut telah diwakabkan oleh Allahyarham Tuan Haji Siraj bin Hassan.Pada tahun 1970 pihak sekolah telah memohon daeipada kerajaan tanah seluas 3A 0R 9P dari tanah yang bersempadan dengan sekolah.Pada keseluruhannya kawasan sekolah pada masa sekarang ialah seluas 5A 0R23.8P.
Jenis Sekolah
Pada mulanya sekolah ini didirikan oleh orang kampong secara
bergotong-royong.Pada pertengahan tahun 1956 seluas 240' x 30' persegi bilik darjah telah
dibangunkan oleh kerajaan negeri.Tahun 1966 dua bilik darjah lagi telah dibangunkan oleh
kerajaan dengan keluasan30' x 60' persegi. Mulai 1.12.1994 bangunan dua tingkat siap
digunakan.
Asal Nama Sekolah
Oleh sebab hampir 100% penduduk di kawasan sekolah ini dan kampong di sekitarnya bekerja sebagai petani dan peladang. Dengan persetujuan orang-orang kampongdan kerajaan maka sekolah ini dinamakan SERI LADANG.
Jawatankuasa Pengasas
Allahyarham Tuan Haji Md Noh bin Haji Sairaj
Penghulu Mk. XII Sungai Kluang, Rengit.
Allahyarham Naib Hussin bin Abdullah
Tuan Haji Ghazali bin Haji Siraj
MENINGGIKAN MUTU DAN KECEMERLANGAN SEKOLAH
SUPAYA
DAPAT MELAHIRKAN MURID-MURID YANG
BERPENGETAHUAN TINGGI,
BERDIDIPLIN,
BERHEMAH TINGGI
dan
BERGUNA KEPADA BANGSA , AGAMA DAN NEGARA
MOTO
" KE ARAH PRESTASI CEMERLANG "
INTI FALASAFAH
" Sekolah sentiasa menggalakkan pegawai dan kakitangan yang mempunyai bakat istimewa
memimpin murid-murid untuk mencapai tahap kecemrelangan
dunia dan akhirat
Bahawasanya murid-murid sekolah ini mempunyai keupayaan yang sama dengan murid-murid di tempat lain untuk merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan dan pemerintah.
Bahawasanya guru-guru dan kakitangan / pekerja sekolah ini mempunyai kebolehen ayang tertentu dalam bidangnya masing-masing. Oleh itu ianya patut diberi galakkan supaya peranan mereka dapat disemai dengan subur untuk kejayaan dan kemajuan.
Tidak ada tanah yang tidak ditimpa hujan. Tidak ada manusia yang terlepas dari qada dan qadar Allah. Tidak ada sesuatu yang tidak boleh dilaksanakan, sekiranya kita berusaha untuk melaksanakannya.