Sekapur Sirih

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI LADANG,
RENGIT, BATU PAHAT. JOHOR.

 KATA-KATA ALUAN

     Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana telah diberikan penghargaan untuk menulis sepatah dua kata aluan di dalam halaman homepage sekolah ini.

     Kata orang ‘ Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih dan jika tidak dipecahkan ruyung manakah dapat sagunya. Ini bererti guru-guru mestilah berusaha untuk terus belajar dan berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan di bidang teknologi maklumat.

     Usaha untuk mewujudkan halaman homepage bagi sekolah-sekolah adalah amat bersesuaian dengan hasrat kerajaan khususnya kementerian pendidikan untuk menjadikan rakyat berpengetahuan mengenai pencarian maklumat di dalam komputer dan maju di dalam bidang IT.

     Dengan adanya halaman homepage ini adalah diharapkan ianya akan dapat memberikan menefaat kepada pihak sekolah-sekolah, Jabatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan dan juga masyarakat umum bagi mendapatkan maklumat dengan lebih cepat.

     Akhir kata saya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru cyber di sekolah ini dan semua pihak yang telah berusaha menjadikan halaman homepage bagi sekolah ini.

Sekian, terima kasih.


" SELAMAT MAJU JAYA "


( SULAIMAN BIN ARJAM )
             Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Ladang,
         Rengit, Batu Pahat.

 

Menu

Sejarah

UPSR

Staf